Thursday, February 9, 2012

Mari Mandikan Baby!

Sebagai Bibik yang berkaliber dekat rumah kakak aku nih, selain daripada memasak, mengemas, dan sebagainya aku jugak ditugaskan jadi babysitter anak2 dia. Tadi aku mandikan baby Aisya, ekceli dari hari pertama dia balik aku dah mandikan dia, yela kakak aku tak larat nak mandikan dia. So layankan jela. Hari nie saja2 je aku soh kakak aku snap pic masa aku mandikan baby.. and untuk pengetahuan korang nie 1st time aku mandikan baby. Best tau. Whole new experience for me :)) Nie ade sikit tips mandikan baby yang aku nak share dengan korang. Ihsan pakcik Google+Youtube. Hihi! Kot2 korang da nak kawen n tak sabau nak ada anak ke kan. Meh belajau dengan Cik Tiqa dulu. Hihi! *bajet expert* :P

Let's go aunty! I'm readyy!


Mula2 sediakan air suam untuk baby, korang kena rasa air tu dengan siku or tapak tangan tau agak2 lah air tu jangan terlalu panas and jangan terlalu sejuk. Baby nie dia tak tahan sejuk, so sebelum mandikan dia korang jangan biarkan dia bogel macam tu je. Kesian lahai. Balut badan dia dengan tuala tau. Ada paham? So the next step is..

Sila abaikan idong aku yang besau ituh! =="

Jangan terus rendam dak baby dalam besen! Nanti dia terkejut. Jadi langkah pertama yang korang kena buat adalah bersihkan mata, muka, telinga and leher baby itu tadi guna kapas. Cewah aku pakai ayat baku ke ape nih. Haha! Tapi aku tak guna kapas. Guna tangan je. Tapi makesure tangan korang bersih. Bila da setel step yang tadi kite ke step yang seterusnya pulak.

Jangan bukak tuala baby dulu, korang shampoo kepala dia lepastu terus bilas tapi jangan lupa ttup telinga baby untuk elak air masuk dalam telinga. Lepas tu bila da bilas cepat2 keringkan kepala dia dengan tuala. Sebab katanya, katanya lah kan aku pon tatau benda nie. Pakcik google yang kate, suhu kepala nie mempengaruhi seluruh badan baby. So kalau korang tak keringkan kepala baby tu nanti badan dia jadi sejuk. Nie ada sikit info, "Bayi berusia di bwah 10 minggu mudah menjadi sejuk (hipotermia)" Nie penting okay. Jangan bagi baby sejuk sebab nanti boleh menjejaskan kesihatan dia. Mahukah anda gejala seperti ini berlaku? Tidak bukan? Ececehh! :P


Lepas tu dah boleh lah bukak tuala dia, masukkan baby slow2 dalam besen untuk elakkan dia terkejut. Macam yang kita semua tau baby tak boleh kawal otot leher dia, so pastikan tangan kita sokong leher baby tuh sementara tangan lagi satu bersihkan badan baby. Bersihkan betul celah2 leher, ketiak, kelengkang dan seangkatan dengannya. Lembut2 je tau jangan kasar2 pulak! Tengok tangan aku cam dalam gambar tuh. Lembut bukan? *wink2 :P











wangi kan saya? mehla kish. Fwee jek :3 Ahaks!

Okay bila da siap mandi boleh la keluarkan baby, tapi pegang baby pon ada teknik dia jugak bukan ikot suka kau je nak pegang macam mana. Tepeleot pulak kang baby tuh. Kita kena pegang baby dengan cara 'Football Hold' paham tak nih? Caranya macam nie korang gi Google je senang. Aku nak explain pon tak pandai. Jangan mara aaa~ Hihi! Then keringkan baby dengan tuala okay..


Lepas tu dah tiba acara yang dinanti nantikan iaitu acara menepung tawar, salut baby dengan tepung lepas tu apa lagi goreng lah!! Haha! Gila kau! mati aku kena blasah dengan mak dia karang ==" Selalunya aku sapu perut, tapak kaki and belakang baby dengan minyak yu yee cap limau untuk elak baby kembung perut. Lepas tu sapu bedak biau wangi! Then boleh lah pakai baju dengan stokin sume tuu. tadaaa siap pun budak kecik nih! :D

Tiba2 teringat lagu Aqasha dalam cita Gemersik kalbu. Nak nyanyi sket ah,
"Ingin ku gigit2 cuping telinga kecilmu, luahkan perasaanku" haa baru kena ek? Yela aku tengok cuping telinga Ayu Raudhah besau je tak kecik pon. haha! :P owh ye rini episode last. Jangan tak tengok rugii woii ;)

Dak abang!

Tadi mula2 nak mandikan si abang nie. Macam2 aku buat nak pujuk dia, tengok tu coklat tu dia bedal sorang. Almond je bagi aku. Huhu! Lepas tu tanak gak mandi. Mood tak okay gaknya arini. Haishh tensen lahh aunty Irsyad macam nih! Wuwuwu~

Nota Dari Tiqa :
Haishh! Nie kalau ada makcik2 baca post aku nie mau berebut2 diorang nak jadikan aku menantu! Haha! :P

Terima Kasih kerana membaca. Kalau Suka Komen laa ^^

3 comments:

Anonymous said...

Wah boleh jadi mama dah ni. Bila lagi? hehehehe...

eva said...

bestnyer mandikan baby.. tp mmg xleh lama2.. kejap jer.. comel jer bila dah kene balut kaen..hihi.. mesti wangi baby tu.. suka bau baby ;)

Atiqah ♥ said...

wee tau takpe.. besh sangat bau baby! :)