Friday, September 14, 2012

Lelaki baik dan karekter beliau.

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat. Fuu lama dah tak menjenguk dak belog nie. Sian lahai. Sampai labah2 pon dah datang bersarang kat sini. Haha! Hari nie bos takde. Aku jadi bos! heh heh heh! *gelak sinis* dan memandangkan line tenet begitu cemerlang sekali disini maka aku telah berkata dalam hatiku "apdet belog bagus jugak nie" Hhee~

Aku nak cerita pasal lelaki baik. Boyfriend kau baik tak? Jom tengok! Haha! :P So macam mana nak tau lelaki tu baik atau tak? Yang aku tulis nie just pendapat aku je. Pendapat orang lain semua berbeza beza. kan kan kan? Hihi! 



So pada aku, lelaki yang baik takkan sentuh rokok. Yelah kau tau jela kan agak susah nak cari lelaki yang tak merokok. At least lelaki nie tau yang rokok tu mahal, membazir je pastu membahayakan kesihatan. Tapiii bukan aku cakap lelaki merokok semua jahat. Tak! tak! Abang abang dan abah aku sendiri merokok aand diorang baik. Cumaaa lelaki yang tak merokok itu extra baik! Ehh boleh gitu? Haha! Lelaki baik akan pikirkan orang sekeliling dia. Dia taknak orang lain sakit sebab dia. Perempuan suka lelaki yang tak merokok. Macam aku. Sebab tu aku pilih encik BF, dia tak merokok. :) *untung aku! smbil angkat2 kening*

Setia. Ye lelaki yang baik akan setia pada pasangan. Kalau dulu sebelum kapel dengan kita dia banyak layan perempuan lain. Tapi bila dah kapel dengan kita dia tak layan dah. Dia fokus kat kita je. Tak kira la awek tu muka sebijik Hana Tajima ke Megan Fox ke kan. Haha! Lelaki yang baik akan jaga hati kita. Kalau dulu selalu komen komen kat pesbuk. Liking2 tagging and poking jadah bagai.. Bila dah ada kita dia stop. Lelaki, kalau kau dah ada GF jangan lah gedik nak komen kat pic perempuan lain cakap " awak nie comel; cantik sangat; bertuah sapa dapat awak "  pastu dah beli Belekberi asik BBM dengan perempuan lain. Sok lusa insyaAllah single balik lah kau. =..=

Lelaki yang baik jugak takkan biar kita susah sorang sorang. Susah cemane pon dia mesti nak tolong jugak. Kira dia paham la keadaan kita. Sebagai contoh. Kereta kita  rosak kena beratus nih! Dia lah orang pertama nak hulur duit kat kita. Kita ada masalah tengah malam dia sanggup temankan kita sampai kepagi untuk tenangkan kita. Dia tak berkira dengan kita dan dia anggap kita macam family dia jugak. :')  Dan lelaki yang baik jugak takkan makan duit perempuan. Kalau sesekali dibelanja okaylah. Tapi kalau isi minyak, beli rokok, spender sume kau nak perempuan belikan. Amboi2! Baik kau jadi pondan je!

Lelaki yang baik akan tahu bila kita sedih, takde mood, happy dan sebagainya. Dia dah boleh detect. Kita nak sembunyi macam mana pon tak boleh dah sebab dia tahu. Kalau kita sedih dia tahu nak buat kita senyum semula. Aku suka lelaki macam nie. Hihi! Lelaki baik jugak bila gaduh dengan kita dia takkan tengking and maki maki kita. Dia cool je. Even dia marah dia tak tunjuk sangat. Aku paling benci lelaki yang suka tengking n maki GF dia depan orang ramai. Yang suka naik tangan pon sama! Kau tak malu ke? That is not cool okay. Booo Loser! 

Dia akan terima kita seadanya, dia takkan ubah kita. Kalau dia dah kapel dengan kita. Tiba-tiba 2 bulan lepas tu dia cakap baju yang kita pakai semua tak kena dengan taste dia. Contoh : " Yang u pakai la sexy sket baru nampak mcam amoi2 " ha yang ini elok kita bagi pelempang sedas kat pipi dia. Kalau nak GF macam tu kenapa dari awal2 tanak cari GF yang pakai macam tu? Cakap bodoh kang marah. Lain lah GF tu sexy gilababeng kau suruh dia pakai sopan sikit. Ha yang tu elok. :)

Nak tengok lelaki yang baik senang je sebenarnya. Kau ajak dia pegi makan kat luar. Tengok cara dia cakap dengan pelayan tu. Kalau sopan, lembut dan tak meninggi diri, baiklah orangnya. Biasa aku tengok la lelaki kalau panggil orang amik order tu suke sangat muncungkan mulut. Buat bunyik tikus suwit2 gitu haa.. Tau kan? Ha macam tu la. atau panggil " hoi hoi! Tak sopan okay. Pelayan tu orang jugak. Jaga sikit hati dia. Lepas tu kalau melintas jalan dengan dia. Dia akan pastikan perempuan (tak kira lah siapa) kat sebelah kiri dia atau pon dia akan bertentangan kereta. And lastly, lelaki yang baik paling sayang, paling hormat mak dia. Dia akan letak mak dia sebagai high priority. GF yang last2 pon takpe.. :)

p/s : Kalau nak list kan semua memang bnyak. Nie pon dah cukup panjang aku rasa. 
Akhir kata aku dah penat menaip. Pandai2 lah kau pikir sendiri. Yang penting 
esok aku cuti sampai Isnin! Ya Allah indahnya duniaaaa~ Kbai!

Sekian.

Terima Kasih kerana membaca. Kalau Suka Komen laa ^^

Monday, April 9, 2012

He is sooo sweet! :)


Encik sayang post nie kat wall aku!


Boipren kau ade? takde kan? :P

p/s : ati berbunga-bunga! kehkeh!

Terima Kasih kerana membaca. Kalau Suka Komen laa ^^